Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sokongan Google Stadia Untuk Peranti Chromecast Baru Hanya Akan Tiba Pada Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sokongan Google Stadia Untuk Peranti Chromecast Baru Hanya Akan Tiba Pada Tahun Hadapan


Google hari ini telah melancarkan beberapa peranti baru, termasuklah Google Pixel 5, Pixel 4a 5G dan juga Google Chromecast yang hadir dengan sistem operasi Google TV baru.

Peranti Chromecast tersebut cukup menarik kerana ia menyokong sejumlah besar perkhidmatan penstriman video seperti Netflix, Hulu dan sebagainya dengan antaramuka baru yang lebih mesra pengguna.

Walaupun begitu, satu perkhidmatan penstriman yang tidak disokong oleh peranti ini pada hari pelancaran secara rasmi ialah Google Stadia. Laporan The Verge mengatakan bahawa perkhidmatan penstriman permainan video tersebut masih tidak mempunyai aplikasi khusus untuk Google TV.

Google Stadia kini berada didalam situasi yang janggal kerana walaupun ia secara teknikalnya sudahpun boleh digunakan melalui Chromecast dengan Android TV sebelum ini, ia nampaknya telah dilupakan untuk projek Google TV ini.

Akan tetapi, Google telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa sokongan terbina Google Stadia pada Google TV akan diperkenalkan sekitar awal tahun 2021 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.