Honor MagicBook Pro Dan Honor Watch GS Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Oktober
Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk dua peranti terbaru mereka untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, iaitu Honor MagicBook Pro dan juga Honor Watch GS Pro.
Honor MagicBook Pro hadir dengan cip AMD Ryzen 5 4600H, dilengkapi skrin 16.1-inci dan membawakan berat hanya 1.7kg. Spesifikasi penuh untuk variasi model yang akan ditawarkan di Malaysia tidak diketahui lagi buat masa ini.
Sementara Honor Watch GS Pro pula hadir dengan skrin 1.39-inci OLED, dilengkapi cip Kirin A1, serta dilengkapi lebih 100 jenis aktiviti sukan. Ia turut dilengkapi dengan sensor pengesan nadi, sensor untuk memantau corak tidur, serta sokongan GPS bersama dengannya.
Sama-sama kita nantikan 6 Oktober ini untuk melihat harga penawarannya, dan variasi yang akan ditawarkan di Malaysia kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment