Kesatuan Eropah Akan Mewajibkan Pengeluar Membenarkan Aplikasi Gendut Dipadam Pengguna
Aplikasi gendut ialah terma yang kami gunakan untuk aplikasi yang sedia terpasang pada peranti selepas ia dibeli. Setiap pengeluar mempunyai aplikasi terpasang yang dibangunkan mereka dan juga pihak ketiga (seperti Facebook, Spotify dan Netflix). Kesatuan Eropah kini dalam proses untuk mewartakan Akta Perkhidmatan Digital (Digital Service Act) yang mewajibkan pengeluar peranti memadam aplikasi gendut.
Akta yang dijangka berkuat kuasa pada penghujung 2020 ini akan membolehkan pengguna menyahpasang aplikasi yang tidak lagi mereka perlukan. Masalah semasa ialah pengeluar kerap tidak membenarkan ini dilakukan dan pengguna yang nekad perlu memasang ROM berlainan untuk menyahpasang aplikasi Google misalnya.
Selain membenarkan nyahpasang, akta ini turut akan menghalang pengeluar peranti seperti Apple dan Google dari memasang aplikasi mereka sendiri yang akan memberikan kelebihan berbanding aplikasi pihak ketiga.
Ini bukan tindakan pertama Kesatuan Eropah untuk mengelakkan monopoli dari berlaku. Mereka telah berjaya memaksa Google untuk memberikan pilihan kepada pengguna Android untuk mengubah enjin carian utama kali pertama peranti diaktifkan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment