UE Fits Adalah TWS Dengan Fon Telinga Yang Boleh Membentuk Mengikut Telinga Pengguna
Masalah besar untuk mana-mana set fon telinga yang jenis dalam telinga adalah, saiz, keselesaan, dan kepadatan ia berada di dalam telinga. Ramai kenalan saya sendiri tidak gemar jenis dalam telinga kerana tidak selesa jika digunakan dalam jangka masa yang lama dan lebih rela menggunakan jenis EarPod. Kini, masalah ini mungkin akan berakhir.
UE Fits adalah TWS yang lain daripada yang lain. Pada bahagian fon telinga, ia boleh membentuk mengikut telinga pengguna untuk memberi saiz, keselesaan dan agar ia lebih padat. Ia menggunakan bahan Quick Custom-Fit dari teknologi Lightform iaitu sejenis gel keras yang dipenuhi dalam fon telinga dan boleh berubah mengikut bentuk dengan kawalan melalui aplikasi. Prosesenya juga adalah pantas.
Untuk audio, ia menyertakan sokongan pembatalan hingar pasif, pemacu audio 10mm, menyokong codec SBC, AAC dan aptX. Bateri pula adalah 8 jam penggunaan berterusan dan 20 jam dengan pod pengecasan, menyediakan kawalan sentuhan dan perlindungan IPX3. Harga jualan adalah $249, iaitu sekitar RM1,036.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment