Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Sedang Membangunkan Penyelaku X64 Untuk Windows 10 ARM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Sedang Membangunkan Penyelaku X64 Untuk Windows 10 ARM


Microsoft Windows 10 versi ARM telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu bagi menyokong cip pemproses keluaran Qualcomm. Perubahan ke ARM ini adalah bagi meningkatkan hayat bateri dan sokongan selular yang lebih baik bagi membolehkan komputer Windows berfungsi pantas seperti telefon pintar. Tetapi satu kekurangan yang nyata ialah tiadanya sokongan perisian yang dibangunkan untuk x64.

Semasa pelancaran Surface Pro X terbaru semalam, Microsoft mengesahkan pembangunan penyelaku (emulator) untuk perisian yang menggunakan x64 untuk Windows 10 versi ARM. Versi awal penyelaku perisian x64 akan diberikan kepada pengguna Windows Insider Program pada bulan November sebelum diberikan kepada semua pada tahun 2021.

Microsoft juga sedang melakukan usahasama rapat dengan Acer, HP, Lenovo dan Samsung bagi memastikan perisian x64 akan dapat digunakan dengan lancar pada peranti keluaran mereka. Pada waktu ini hanya perisian 32-bit berasaskan X86 sahaja boleh dijalankan menggunakan penyelaku Windows 10 ARM.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.