Anggota polis cedera khemah di sekatan jalan raya runtuh kerana angin kencang
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik cedera selepas bumbung sebuah khemah di sekatan jalan raya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, runtuh akibat angin kencang, petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian anggota polis berkenaan sedang berteduh dalam khemah yang didirikan di laluan menghala masuk ke pusat bandar bagi kemudahan anggota keselamatan melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi itu.
Menurutnya, hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan bahagian bumbung khemah itu runtuh lalu menghempap anggota polis berkenaan mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi.
“Mangsa yang bertugas di Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Zulkefly berkata, sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta mula dilaksana sejak 14 Okt lalu apabila PKPB mula dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment