Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Melancarkan Monitor Pintar Tizen OS Untuk Pengguna Komputer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Melancarkan Monitor Pintar Tizen OS Untuk Pengguna Komputer


Televisyen pintar dengan Tizen OS telah lama dihasilkan untuk digunakan di ruang tamu dengan akses kepada pelbagai aplikasi penstriman. Bagi pengguna komputer, mereka terpaksa sekadar berpuas hati dengan monitor biasa yang memerlukan input untuk memaparkan kandungan. Memandangkan televisyen pintar terlalu besar, ia tidak sesuai digunakan sebagai ganti kepada monitor.

Samsung Smart Monitor yang dilancarkan hari ini ialah jawapan kepada masalah ini. Ia adalah monitor komputer pintar dengan sistem operasi Tizen OS 5.5. Dengan kata lain ia boleh digunakan seperti televisyen pintar walaupun ketika komputer dimatikan.

Tiga model dilancarkan dengan M5 hadir dengan dua saiz iaitu 27″ dan 32″ dengan resolusi FHD. Sementara model M7 pula sebesar 32″ dengan resolusi 4K. Smart Monitor menyokong sambungan VESA, paparan HDR10, sokongan Bixby, Google Assistant dan AirPlay2. Terdapat juga sokongan WiFi 5 dan Bluetooth 4.2.

Dari segi audio pula ia sekadar dilengkapi sepasang speaker 5W. Pilihan I/O pada M5 ialah 2X HDMI 2.0 dan 2X USB-A 2.0. Pilihan I/O pada M7 pula ialah 1X UBS-C, 2X HDMI 2.0 dan 3X UBS-A 2.0.

Samsung Smart Monitor M7 ditawarkan pada harga $400 (~RM1646), Smart Monitor M5 32″ pada harga $280 (~RM1152) dan Smart Monitor M5 27″ pada harga $230 (~RM946).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.