Xiaomi Mi 11 Mungkin Hadir Dengan Skrin QHD+ 120Hz
Xiaomi Mi 10 Pro dan Mi 10 Ultra adalah antara peranti Xiaomi yang paling mahal. Ia adalah peranti mercu, menggunakan kamera hebat, menyokong pengecasan pantas dan turut menggunakan skrin yang cantik. Xiaomi Mi 11 pula dikatakan mungkin akan dilancarkan pada Disember ini sebagai peranti pertama dengan Snapdragon 875.
Terkini, peniris terkenal Digital Chat Station memberitahu yang sebuah peranti mercu variasi paling tinggi akan hadir dengan skrin QHD+ 120Hz, rekaan skrin berlubang serta dwi-lengkung. Tetapi menurut beliau, lengkungan tidak akan sedalam Huawei Mate 40 atau P40. Walaupun tidak spesifik peranti apakah yang beliau sebut, ia mungkin adalah Xiaomi Mi 11 Pro. Peniris ini terkenal dengan meniriskan informasi awal mengenai produk-produk baharu Xiaomi.
Jika benar peranti ini akan hadir dengan skrin sebegini, ia akan bersaing dengan Samsung Galaxy S21 Ultra yang mungkin dilancarkan seawal Januari depan. Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment