Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini EMUI 11 Mula Diedarkan Ke Pengguna Huawei Mate 30 Pro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini EMUI 11 Mula Diedarkan Ke Pengguna Huawei Mate 30 Pro


Huawei Mate 30 Pro adalah peranti mercu pertama Huawei yang dilancarkan tanpa sebarang GMS. Ia merupakan peranti dengan skrin melengkung waterfall, takuk besar masih ada serta kemampuan kamera yang menakjubkan. Sehingga hari ini, peranti Mate adalah peranti yang baik dari segi spesifikasi – tetapi hambar dari segi perisian.

Walaupun begitu, Huawei masih tidak mengalah dan terus menjaga hati pengguna dengan kekal memberikan kemaskini kepada pengguna. EMUI 11 adalah sistem operasi terbaru Huawei yang masih lagi berasaskan Android. Walaupun kekal lagi dengan Android 10, ia masih membawa beberapa ciri dan fungsi menarik. Paling ketara adalah bahagian Always-On Display yang kini ada pilihan kustomasi, pelbagai corak serta rekaan, animasi serba baharu, ikon yang lebih hidup dan beberapa bahagian sekuriti.

Huawei Mate 30 Pro dilihat mula menerima kemaskini stabil EMUI 11 baru-baru ini. Bagi pengguna peranti ini, anda boleh semak notifikasi untuk kemaskini secara OTA. EMUI 11 mungkin adalah sistem operasi terakhir Huawei berasaskan Android sebelum peralihan kepada Harmony OS.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.