Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vaksin Covid-19 Pfizer Berkemungkinan Besar Tidak Digunakan Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vaksin Covid-19 Pfizer Berkemungkinan Besar Tidak Digunakan Malaysia


Semalam Pfizer dan BioNTech mengumumkan kejayaan calon vaskin Covid-19 dalam ujian klinikal fasa ketiga. Selepas diuji pada 43,000 peserta, ia didapati 90% berkesan mengelakkan jangkitan virus yang kini melumpuhkan dunia. Tetapi harapan untuk ia digunakan di negara membangun seperti di Malaysia adalah agak kelam atas beberapa faktor penting.

Pertama sekali ialah ia perlu disimpan pada suhu mencecah -70 Celsius sebelum boleh digunakan dan ketika ia dalam perjalanan ke destinasi . Keperluan suhu yang amat rendah ini membuatkan amat sukar untuk ia digunakan di kebanyakan negara dunia termasuklah negara maju seperti Amerika Syarikat.

Menurut laporan Reuters, malah hospital Mayo Clinic di Rochester, Minnesota yang paling maju di Amerika Syarikat tidak mempunyai sistem penyejukan suhu rendah yang diperlukan. Menurut jurucakap BioNTech, sekiranya disimpan pada suhu -70 Celsius, ia mempunyai tarikh luput selepas enam bulan. Pada suhu 2-8 darjah Celsius pula ia hanya mampu bertahan sehingga lima hari.

Berita baik yang boleh diberikan ialah calon vaksi Covid-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal lain seperti Johnson & Johnson, Novavax Inc dan Moderna Inc tidak memerlukan simpanan pada suhu ultra rendah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.