Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Pintar Dengan Lapan Kamera Dipatenkan Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Pintar Dengan Lapan Kamera Dipatenkan Di China


Telefon pintar dengan jumlah kamera utama tertinggi ialah Nokia 9 Pureview yang dilengkapi 6 kamera – 5 sensor kamera dan satu sensor 3D ToF. Menurut Nokia, kemampuan fotografi yang lebih baik dapat dinikmati dengan konfigurasi ini walaupun proses pengambilan gambar adalah sedikit lambat. Terkini Lens Technology, sebuah firma di China telah mempatenkan rekaan sebuah telefon pintar dengan lapan kamera utama di bahagian belakang. ke laman WIPO.

Uniknya dua kamera diletakkan pada setiap bucu peranti. Ini adalah konfigurasi yang agak aneh kerana biasanya lensa diletakkan sekelompok. Tiada sebab diberikan kenapa susunan aneh ini digunakan tetapi berkait rapat dengan sistem realiti terimbuh. Amazon Fire Phone yang dilancarkan lima tahun lalu meletakkan kamera pada setiap bucu hadapan untuk sistem menjejak pergerakan kepala pengguna.

Lens Technology bukanlah syarikat yang dikenali ramai tetapi menghasilkan komponen untuk Huawei, Samsung dan Apple. Selepas bonggol kamera gergasi, adakah rekaan okta-kamera pula bakal menjadi trend?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.