KJ : Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi 2021-2023 Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), hari ini telah membuat ucaptama pada acara JomLaunch 2020, sekaligus berkongsi beberapa pandangan menarik berkaitan arena teknologi tempatan.
Menariknya, pada acara tersebut juga, beliau mengumumkan MOSTI akan memperkenalkan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi 2021-2023 tidak lama lagi.
Melaluinya, ia akan menetapkan dan berkongsi dasar transformasi bidang teknologi supaya mempunyai kesinambungan secara lebih tersusun dan terperinci berbanding pada hari ini.
Dasar ini juga akan turut memastikan ekosistem teknologi dan inovasi tempatan mempunyai garis masa yang nyata, jelas, aktif dan juga matang.
Ia juga diharap yang mana ekosistem digital negara terus mendapat kerjasama dari semua pihak, sekaligus menghasilkan sinergi yang membawa kepada kejayaan Malaysia di mata global.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment