Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pepijat Menyebabkan Fleets Boleh Dimuat-turun Selepas 24 Jam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pepijat Menyebabkan Fleets Boleh Dimuat-turun Selepas 24 Jam


Pada minggu lepas, Twitter akhirnya melancarkan ciri baru yang dinamakan Fleets, iaitu ciapan seakan-akan Instagram Stories dan juga Snapchat, dimana ia akan dipadamkan selepas 24 jam.

Terkini, Twitter telah mengesahkan bahawa terdapat satu kerentanan dimana pembangun aplikasi boleh menggunakan sebuah aplikasi API untuk memuat-turun media Fleets daripada pengguna menggunakan alamat web (URL) ciapan tersebut.

Kerentanannya adalah dimana ciapan Fleets tersebut masih boleh dimuat-turun walaupun tempoh 24 jam tersebut telah berlalu jika pembangun tersebut masih mempunyai akses kepada URL tersebut.

Twitter berkata ini adalah kerana walaupun Fleets hanya boleh dilihat selama 24 jam, media tersebut disimpan oleh Twitter selama 30 hari sebelum ianya dipadamkan secara tetap.

Mengakui akan isu ini, Twitter mengatakan bahawa mereka akan mengemaskini API tersebut untuk memastikan bahawa API tersebut tidak akan boleh mengakses media Fleets selepas tempoh 24 jam tersebut berakhir.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.