Oppo K7x Dilancarkan – Sokong Skrin 90Hz, Cip MediaTek Dimensity 720 & Kamera Utama 48MP
Oppo K7x akhirnya diperkenalkan secara rasmi di China. Ia merupakan peranti terkini Oppo dan merupakan kesinambungan daripada Oppo K7 5G yang dilancarkan sekitar bulan Ogos lalu. Ia juga merupakan sebuah peranti pintar kelas pertengahan terkini yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G terbina.
Untuk spesifikasi, peranti ini hadir dengan paparan berukuran 6.5-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080 piksel). Paparan ini turut menyokong kadar segar semula tinggi 90Hz dengan kadar sentuhan 180Hz. Turut melengkapi peranti pintar ini adalah cip pemproses Dimensity 720, memori 6GB RAM (LPDDR4x), storan dalaman 128GB (UFS2.1) dan bateri besar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.
Konfigurasi kamera utamanya di sini terdiri dengan lensa 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut-lebar) + 2-Megapixel (B&W) + 2-Megapixel (Makro). Kamera hadapan pula dilengkapi lensa tunggal sebesar 16-Megapixel (f/2.0). Spesifikasi lain peranti termasuk sokongan dwi-mod 5G, bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB type-C dan perisian ColorOS 7.2 berasaskan Android 10. Oppo K7x dijual pada harga RMB 1,399 (~RM867) dan buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment