Spesifikasi Huawei Nova 8 SE Tertiris – Hadir Dengan Pilihan Cip MediaTek Dimensity 800U & Dimensity 720
Sudah menjadi kebiasaan, semakin dekat dengan acara pelancaran semakin banyak maklumat tertiris sesebuah peranti bakal membanjiri media sosial. Jika sebelum ini reka bentuknya menjadi topik perdebatan hangat di kalangan ramai pihak. Hari ini, kita disaji pula dengan spesifikasi penuh pada peranti. Nampaknya, peranti pintar ini dilihat bakal hadiir dengan dua pilihan pemproses berbeza iaitu MediaTek Dimensity 720 dan MediaTek Dimensity 800U.
Seterusnya, sejumlah spesifikasi tertiris ini juga seakan mengiyakan desas-desus yang tersebar luas sebelumi ini. Melalui perkongsian tersebut, peranti pintar ini dikatakan mempunyai paparan bersaiz 6.53-inci OLED dengan resolusi FHD+ (2400 x 1800 piksel). Ia juga akan dilengkapi pilihan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB, bateri 3,800mAh (melalui USB-C) dengan pengecasan pantas 66W.
Kemudian, konfigurasi kamera utamanya pula terdiri dengan 64-Megapixel (f/1.9) + 8-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4) dan kamera hadapan pula 16-Megapixel (f/2.0). Turut dapat dilihat, peranti pintar ini menggunakan perisian sistem operasi Android 10 bersama antaramuka EMUI 10.1. Huawei Nova 8 SE akan dilancarkan pada 5 November ini, penawaran lebih lanjut akan terjawab kelak.
Sekadar selingan, apa pandangan anda mengenai penawaran pada siri Huawei Nova kali ini. Mampukah ia menetapkan tanda aras baru buat mereka untuk terus kekal memberikan yang terbaik buat pengguna setia?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment