Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Samsung Dijangka Mengumumkan Galaxy S21 Pada 14 Januari 2021 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Samsung Dijangka Mengumumkan Galaxy S21 Pada 14 Januari 2021


Hampir setiap hari kita disajikan dengan maklumat tertiris berkaitan pendatang baharu Samsung yang seterusnya – Samsung Galaxy S21. Terdapat sekurang-kurangnya tiga model berbeza yang mungkin bakal diperkenalkan termasuk Samsung Galaxy S21, Samsung Galaxy S21+, Samsung Galaxy S21 Ultra.

Samsung sebelum ini dikatakan mungkin bakal memperkenalkan model ini lebih awal daripada jangkaan kebiasaan. Laporan awal mendakwa ia berkemungkinan diumumkan pada 14 Januari 2021 kelak. Sesi pra-tempahan juga akan dibuka pada hari yang sama, manakala dua minggu kemudian iaitu sekita 29 Januari ia dijangka mula dijual.

Laporan turut mendedahkan pilihan warna yang bakal dibawakan peranti yang dilihat terdiri dengan warna Black, White, Grey, Silver, Violet dan Pink. Bagaimanapun, maklumat ini masih di peringkat ura-ura dan belum disahkan sepenuhnya. Mungkin kita bakal mendengar lebih lanjut dalam masa terdekat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.