Oppo Mempatenkan Peranti Dengan Rekaan Kamera Belakang Membulat Seakan OnePlus 7T
Kita dapat saksikan inovasi rekaan kamera membulat telah diguna pakai oleh sejumlah pengeluar sejak sekian lama. Ia termasuklah Oppo sendiri menerusi pengenalan Oppo Ace2 sekitar April lalu. Dalam perkembangan terikini, mereka dilihat telah memfailkan sebuah lagi paten dengan rekaan yang sama. Tetapi, rekaannya kali ini dilihat sangat mirip dengan OnePlus 7T.
Melihat kepada rekaan tersebut tiada perbezaan ketara, namun antara pembaharuan yang diberi ialah tambahan satu lagi lensa utama – menjadikannya hadir dengan sokongan kuad-kamera. Seterusnya, panel hadapanya dilihat hadir dengan skrin penuh tanpa sebarang takuk dan lubang. Turut kelihatan, bahagian atas kelihatan agak kosong dan nipis sahaja. Sekaligus, memberi bayangan bahawa peranti ini berkemungkinan hadir dengan sokongan kamera swafoto di bawah skrin.
Paten turut memperlihatkan peranti masih dilengkapi bicu audio 3.5mm yang diletakkan bersama-sama sambungan port USB Type-C dan slot untuk SIM. Menurut sumber, ini merupakan sebuah peranti dengan sokongan rangkaian 5G. Pun begitu, buat masa ini ia masih sekadar paten dan belum diketahui sama ada produk akhir akan menggunakan konsep sebegini ataupun sebaliknya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment