Pengguna Celcom Melaporkan Masalah Melayari Web
Pagi ini pengguna Celcom melaporkan masalah untuk mengakses laman web menerusi peranti mereka. Apabila pelayar web digunakan, amaran tiada sambungan Internet akan terpapar pada skrin. Aneh sekali pengguna masih boleh menggunakan aplikasi lain seperti Facebook,YouTube dan WhatsApp tanpa masalah. Panggilan selular juga masih berfungsi seperti biasa.
Setakat ini masalah kebanyakannya datang dari pengguna yang berada di Lembah Klang. Pihak Celcom masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai gangguan ketika artikel ini ditulis. Ini adalah satu lagi gangguan yang berlaku ke atas syarikat telekomunikasi besar negara Awal Oktober lalu masalah yang sama berlaku sehingga panggilan selular dan Internet tidak boleh diakses.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment