Hi! Welcome Back and Stay Tune! Surface Go Surface Laptop Go Kini Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Surface Go Surface Laptop Go Kini Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Harga


Microsoft hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi komputer riba terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Surface Laptop Go. Komputer riba ini menawarkan spesifikasi sedikit rendah, dan pada harga lebih mesra poket berbanding penawaran Surface yang lain.

Surface Laptop Go hadir dengan skrin 12.4-inci PixelSense dengan sokongan skrin sentuh, dilengkapi butang kuasa yang menyertakan pengimbas cap jari, integrasi Windows Hello, dijana cip Intel Core i5, dan pilihan memori sehingga 16GB dan storan 256GB.

Di Malaysia, Surface Laptop Go ini hanya ditawarkan dalam pilihan Platinum sahaja, dan dikatakan menawarkan asa penggunaan sehingga 13 jam lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan bermula 5 November, dan ia akan ditawarkan bermula 24 November 2020 kelak. Di malaysia, Surface Laptop Go ini membawakan tanda harga RM2758 untuk mdeol 4GB RAM, 64GB eMMC.

Model dengan 8GB RAM, 128GB SSD pula berharga RM3388, dan model 8GB RAM dengan storan 256GB berharga RM4288.

Model dengan pilihan 16GB RAM serta 256GB storan hanya ditawarkan untuk pengguna perniagaan, pada harga RM5416.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.