Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna OnePlus Nord Mengalami Masalah Rangkaian – Internet Dan Panggilan Telefon Bermasalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna OnePlus Nord Mengalami Masalah Rangkaian – Internet Dan Panggilan Telefon Bermasalah


Semakin hari, semakin kerap berita kurang baik mengenai OnePlus muncul di arena web. Baru-baru ini OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro mengalami masalah peranti terformat selepas mengemaskini Oxygen OS 11 versi stabil. Sebelum ini OnePlus Nord mengalami masalah yang sama juga. Tidak pasti apa masalah pada OnePlus ini, tetapi mereka benar-benar ada isu yang serius.

Terkini, beberapa pengguna OnePlus Nord telah melaporkan ada masalah sambungan Internet pula selepas mengemaskini ke OxygenOS 10.5.9. Antara masalahnya adalah aplikasi tidak dapat berhubung ke Internet, kelajuan Internet yang sangat perlahan dan banyak lagi. Masalah ini dilihat bukan sahaja pada Internet, rangkaian panggilan telefon juga bermasalah. Ramai pengguna melaporkan masalah panggilan yang terputus-putus selepas 10 saat.

Kebanyakan pengguna yang melaporkan masalah ini di forum rasmi OnePlus dilihat tidak mendapat sebarang maklum balas lagi. Jadi tidak pasti jika OnePlus sudah sedari mengenai isu ini atau mereka berpura-pura tidak bersalah. Ada yang mengatakan masalah ini akan dibaiki dengan kemas kini sekuriti November. Tetapi dengan OnePlus N10 5G dan OnePlus N100 hanya menerima satu kali kemas kini – kemas kini dari OnePlus kini sukar untuk dipercayai.

Sumber: [1], [2], [3], [4], [5], [6], [7], [8]



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.