Vivo X60 Dan X60 Pro Mungkin Dilengkapi Paparan Berlubang
Desas-desus mengenai kewujudan siri Vivo X60 telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu. Melaluinya, kita boleh menyasarkan bahawa peranti pintar ini mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi. Dalam perkembangan terkini, model ini dikatakan sekali lagi tertiris – tetapi dalam bentuk imej sebenar pula.
Ia memperlihatkan peranti pintar ini mempunyai paparan berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto dengan lensa tunggal. Turut kelihatan, bahagian hadapan model X60 Pro menggunakan paparan jenis melengkung. Sementara, X60 pula hadir dengan skrin jenis rata. Seterusnya, ia juga dipercayai hadir dengan cip Exynos 1080, pengecasan pantas 33W dan akan menggunakan pelancar Origin OS. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih lagi menjadi tanda tanya.
Sekadar makluman, Vivo telah menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 19 November ini – mereka mengesahkan akan melancarkan pelancar OriginOS yang merupakan penganti kepada FuntouchOS.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment