Hi! Welcome Back and Stay Tune! Storan Percuma Fail Google Docs, Sheets Dan Slides Ke Google Drive Turut Dihentikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Storan Percuma Fail Google Docs, Sheets Dan Slides Ke Google Drive Turut Dihentikan


Google Drive adalah perkhidmatan storan awan daripada Google. Selama ini, pengguna diberikan 15GB kuota storan awan secara percuma. Kemudian menjimatkan lagi pengguna adalah, fail-fail Google Docs, Sheets dan Slide tidak akan menggunakan kuota storan awan Google Drive ini. Begitu juga dengan kuota bagi simpanan fail sandaran WhatsApp dan sandaran foto dan video dalam kualiti tinggi.

Tetapi baru-baru ini Google telah mengubah polisi ini, seperti yang kami laporkan tadi – Google Photos tidak lagi menyokong simpanan percuma bermula 1 Jun 2021. Perkara ini turut berlaku pada Google Drive. Untuk fail-fail Docs, Sheets dan Slides yang disimpan selepas 1 Jun 2021 atau diubahsuai pada tarikh tersebut – ia akan mula mengambil kira kuota Google Drive pengguna. Seperti Google Photos tadi, fail-fail yang disimpan sebelum 1 Jun 2021 akan kekal disimpan dalam storan awan tanpa mengambil kira kuota.

Jelas di sini Google menggalakkan pengguna melanggan perkhidmatan langganan storan awan mereka – Google One. Google One tidak seperti Apple One yang lebih banyak faedah. Google One hanya lebih kepada storan Google Drive, khidmat langganan premium serta diskaun atau rebat Play Store sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.