Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Malaysia Menerbitkan Halaman Mi 10T Lite 5G – Adakah Ia Bakal Hadir Tidak Lama Lagi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Malaysia Menerbitkan Halaman Mi 10T Lite 5G – Adakah Ia Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?


Xiaomi Malaysia kini dilihat telah mengemaskini halaman web mereka, dan turut menambah halaman untuk peranti Mi 10T Lite. Untuk makluman, buat masa ini, hanya dua model sahaja telah dilancarkan, iaitu Mi 10T dan juga Mi 10T Pro. Dengan penambahan halaman ini, ia memberikan petanda peranti Mi 10T Lite turut mungkin memasuki pasaran tempatan.

Selain pada web, Xiaomi Malaysia juga turut menggunakan gambar utama siri Mi 10T dengan penyertaan gambar Mi 10T Lite pada halaman Facebook rasmi.

Xiaomi Mi 10T Lite merupakan telefon dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 750G, selain bateri 4820mAh dengan pengecasan pantas 33W. Melengkapkan ia juga adalah kamera utama 64-megapixel di belakang.

Jikalau dilihat secara kasar, rekaan peranti ini adalah lebih kurang seperti Poco X3 sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Xiaomi akan membawa masuk peranti ini secara rasmi tidak lama lagi – atau sekadar tersilap menerbitkan halaman model peranti yang tidak dibawa masuk dibawah laman Xiaomi Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.