Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 kali cuba langgar polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 kali cuba langgar polis


 

Polis menahan suspek selepas kenderaannya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

PETALING JAYA: Takut kerana berada bawah pengaruh dadah menyebabkan seorang lelaki memecut pacuan empat roda dipandunya dan cuba melanggar anggota polis menyebabkan satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang kenderaan itu untuk menghentikannya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Rajab Ahad Ismail berkata, dalam kejadian 4.45 petang 24 Dis lalu anggota dari Balai Jalan Tun Razak membuat rondaan di Jalan Keramat dan Jalan Gurney, Kuala Lumpur, melihat sebuah Nissan Frontier hitam dinaiki seorang lelaki dan wanita dalam keadaan mencurigakan.

“Polis cuba menahan untuk pemeriksaan, namun suspek memecut ke arah Jalan Tun Razak. Ketika kereta suspek terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan berhenti, anggota bertugas menuju ke arah kereta itu dan mengarahkannya berhenti tetapi suspek tidak mengendahkan arahan,” katanya dalam kenyataan.

Rajab berkata, suspek bertindak di luar kawalan dan cuba melanggar anggota terbabit menyebabkan satu das tembakan dilepaskan ke arah tayar belakang kanan bagi memberhentikan kenderaan itu namun gagal.

“Suspek terus memecut dan memandu secara agresif dan merbahaya menuju ke arah pusat bandar. Ketika melalui Jalan Raja Chulan, suspek cuba melanggar salah seorang anggota trafik IPK Kuala Lumpur yang datang membantu selain memandu secara merbahaya dengan melanggar beberapa kereta dan terus memecut hingga ke Jalan Bukit Bintang.

“Suspek berjaya ditahan selepas kenderaannya tersangkut dalam kesesakan di hadapan Lot 10, Bukit Bintang,” katanya.

Beliau berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 24 tahun bersama kenderaan itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui satu buku lima besi dan semakan mendapati pacuan empat roda berkenaan didaftarkan atas nama orang lain.

“Suspek lelaki mempunyai lapan rekod dadah dan dua rekod kes jenayah curi serta pecah rumah. Manakala, suspek wanita tiada sebarang rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba membunuh dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu bawah pengaruh dadah dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 bagi kesalahan memiliki buku lima besi.

Menurutnya, suspek terbabit direman lima hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian, menyalurkannya dengan menghubungi ASP Shahrizal Saleh di talian 017 7134705, Insp Siti Aisyah Md Nor di talian 013 9338214 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau balai polis berdekatan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.