Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disney Star Dilancarkan – Hulu Untuk Pasaran Global - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disney Star Dilancarkan – Hulu Untuk Pasaran Global


Pagi ini Disney mengumumkan perkhidmatan penstriman terkini mereka iaitu Star. Star sebenarnya adalah Hulu untuk pasaran global yang menawarkan kandungan dari ABC, FX, Freeform, Searchlight, dan 20th Century Studios. Selama ini pengguna global yang ingin menikmati Hulu perlu menggunakan VPN kerana ia hanya ditawarkan di Amerika Syarikat.

Star akan ditawarkan secara percuma kepada pelanggan Disney+ di Eropah, Kanada, New Zealand dan Singapura terlebih dahulu bermula 23 Februari kelak. Pelanggan Disney+ boleh mengaksesnya jika pilihan menonton kandungan lebih dewasa diaktifkan. Di pasaran Amerika Latin pula, Star Plus diumumkan dengan kandungan dari ESPN turut diberikan bermula Jun. Dalam pengumuman yang sama, harga langganan Disney+ di negara yang boleh mengakses Star akan dinaikkan.

Menerusi Star, Disney dapat menawarkan kandungan lain milik mereka yang tidak sesuai distrim menerusi Disney+. Hari ini beberapa siri lebih matang seperti Aliens telah diumumkan untuk saluran FX. Ini membolehkan peminat global kelak menonton siri ini menerusi Star.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.