Hi! Welcome Back and Stay Tune! Petani bukan pemalas, benih padi punca pendapatan merosot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Petani bukan pemalas, benih padi punca pendapatan merosot


 

Azhar Hasim yang mengusahakan 17 ekar sawah padi di Alor Pongsu, Perak berkata, kualiti benih padi yang dijual syarikat pengeluar semakin buruk, berbanding sewaktu benih padi diusahakan oleh Jabatan Pertanian.

PETALING JAYA: Persepsi masyarakat mengaitkan kehidupan susah pesawah padi dengan sikap malas adalah tidak benar, sebaliknya terdapat faktor lain yang memberi kesan kepada kehidupan petani, antaranya benih padi subsidi yang tidak berkualiti.

Azhar Hasim, 52, pesawah yang mengusahakan 17 ekar sawah padi di Alor Pongsu, Perak sejak berusia 14 tahun berkata, kualiti benih padi yang dijual syarikat pengeluar kepada pesawah semakin buruk, berbanding sewaktu benih padi diusahakan oleh Jabatan Pertanian.

“Masalah pesawah sebelum ini lagi adalah masalah benih. Benih yang dijual oleh syarikat pengilang, bagi saya, tidak berkualiti.”

Azhar mengikut kaedah operasi standard (SOP) dan arahan Jabatan Pertanian berhubung cara penanaman padi seperti rendam benih sebelum guna.

Kehadiran benih rumput dalam benih padi yang dibeli petani menyebabkan hasil jatuh selain kos racun meningkat.

“Tetapi apabila saya buat, akan ada hampas dari benih yang akan timbul di permukaan air. Hampas yang timbul itu adalah benih rumput. Maknanya, dalam benih berkualiti dikeluarkan syarikat pengeluar, masih ada benih rumput,” katanya kepada FMT.

Menurut Azhar, benih padi tidak berkualiti itu merujuk kepada benih yang dikeluarkan menerusi Skim Benih Padi Sah (SBPS).

Skim itu merupakan sistem perakuan kualiti yang ditetapkan kerajaan bagi mengeluar dan membekal benih padi untuk tujuan penanaman mengikut piawaian ditetapkan.

Di bawah skim ini, hanya pengeluar yang dilantik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan layak memohon skim berkenaan.

Disebabkan itu tuduhan pemimpin seperti Dr Mahathir Mohamad yang sering mengaitkan kemiskinan orang Melayu dengan sikap malas tidak wajar, selain menyakitkan hati dan amat mengecewakan, kata Azhar.

“Pukul 6.45 pagi lagi selepas subuh, kami sudah turun ke sawah padi untuk meracun atau melakukan kerja-kerja lain. Dr Mahathir setahu saya tidak pernah turun ke sawah, walaupun dia orang Kedah.

“Petang juga kita buat kerja, selepas membaja kita tengok kawalan air pula,” katanya.

Azhar di sawah yang diusahakannya sejak berusia 14 tahun di Alor Pongsu, Perak.

Azhar berkata, rumput merupakan musuh utama pesawah kerana selain menganggu tumbesaran benih padi, ia juga akan menyebabkan pengeluaran hasil padi berkurang, sekali gus menjejaskan pendapatan pesawah.

“Di sawah, bila ada benih rumput dalam benih padi, maknanya benih rumput akan masuk sekali ke dalam petak padi apabila ditabur dan bercampur.

“Racun yang dibeli pula hanya akan membunuh rumput tertentu sahaja, bermakna kena banyak guna racun,” katanya.

Disebabkan muak dengan masalah sama yang menurutnya tidak ada kesudahan, Azhar mengambil keputusan untuk menghasilkan benih padi sendiri sejak 3 tahun lalu.

Katanya kemahiran itu semakin dilupakan oleh pesawah kini.

“Saya akan tuai, saya akan basuh, buang hampas, asingkan, dan jemur benih padi ini. Ini yang saya buat, tetapi benih ini tidak ada subsidi, memandangkan subsidi hanya dibayar kepada syarikat yang dilesenkan oleh Kementerian Pertanian sahaja,” katanya.

Katanya, selain benih padi tidak berkualiti, isu harga benih padi juga menjadi masalah dan memberi kesan ke atas pesawah.

Katanyanya, tidak ada pihak yang memantau dan mengawal harga jualan benih padi.

“Sekarang ini, harga di pintu kilang adalah RM28 ringgit untuk benih padi seberat 20 kg. Apabila ejen ambil harganya jadi RM31 ringgit dan bila penghantaran benih sampai ke rumah, harganya akan jadi RM36 ringgit. Semakin lama semakin mahal,” katanya.

Beliau berkata, ada kalanya benih padi yang dibeli tidak mencapai berat yang ditetapkan, iaitu 20 kilogram satu beg.

Azhar kini menghasilkan benih padi sendiri bagi mengatasi masalah kualiti dan harga benih padi yang dijual oleh syarikat pengeluar.

Menurutnya, masalah ini pernah diajukan kepada pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Benih yang saya bawa kepada mereka, beratnya kurang 500 gram daripada berat sepatutnya. Itu hanya satu beg yang saya dapat kesan.

“Berapa banyakkah keuntungan atas angin yang diperoleh syarikat pengeluar benih hasil timbangan tidak betul?” katanya.

Kehidupan Azhar dirakam oleh pengarah Nurfitri Amir, menerusi filem bertajuk “Petani Bukan Pemalas”, yang akan ditayangkan di Freedom Film Fest 2020 bermula 10 Dis hingga 13 Dis depan.

Tiket percuma boleh didapati di www.cloudtheatres.com - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.