Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Perkenal Caj Platform Terhadap Pemandu Seru-Pandu Di Singapura – Tambahan Kepada Perkongsian Komisyen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Perkenal Caj Platform Terhadap Pemandu Seru-Pandu Di Singapura – Tambahan Kepada Perkongsian Komisyen


Grab di Singapura kini mengumumkan mereka akan melaksanakan pengenalan caj platform bermula 18 Disember akan datang. Grab akan mengenakan caj sebanyak $0.30 sebagai caj platform untuk setiap tempahan seru-pandu di Singapura bermula tarikh berkenaan.

Grab mengatakan dua pertiga daripada caj berkenaan akan digunakan dalam terus menambah baik ciri produk yang membantu penumpang dan pemandu. Sementara satu pertiga lagi akan digunakan dalam inisiatif membantu pemandu.

Melalui laman khusus Grab Singapura, mereka turut menyatakan yang mana caj platform ini adalah berbeza dengan komisyen yang diambil daripada pemandu. Komisyen  yang diterima dikatakan digunakan untuk operasi Grab, selain untuk caj transaksi nirtunai dan lain-lain.

Buat masa ini, pengenalan caj platform oleh Grab ini hanya di Singapura, tetapi tidak mustahil ia turut diperluaskan untuk pasaran tempatan pada masa akan datang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.