Samsung Galaxy S21 Tertiris Lengkap Dengan Markah Penanda Aras Snapdragon 888
Dengan tarikh pelancarannya semakin hampir, semakin banyak maklumat mengenai siri Samsung Galaxy S21 mula tertiris ke arena web. Sebelum ini gambar sebesar S21 dan S21 Ultra tertiris begitu juga dengan pengesahan sokongan S Pen. Tidak berakhir di sini, video yang menunjukkan sebuah S21 berfungsi juga tertiris awal pagi tadi.
Video sepanjang 4 minit dimuat naik oleh saluran Random Stuff 2. Ia menunjukkan peranti dari pelbagai arah dan juga antaramuka yang digunakan. Peranti disahkan mempunyai skrin rata dengan saiz bezel yang nipis. Turut dapat dilihat ialah bonggol kamera yang besar tetapi tidak terlalu tinggi. Panel belakang dalam warna kusam juga jelas kelihatan tetapi seakan diperbuat daripada bahan plastik.
Ujian penanda aras Geekbench 5 turut dilakukan. Peranti denga Snapdragon 888 ini mencatatkan 1115 markah dalam ujian satu teras dan 3326 markah dalam ujian multi teras. Markah ini sebenarnya lebih rendah berbanding Snapdragon 865+ dan Apple A14 Bionic. Besar kemungkinan ini masih bukan peranti akhir dengan perisian yang belum dioptimasikan lagi. Kerana itulah markah Geeekbench 5 yang dicatatkan adalah rendah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment