Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Menjadualkan Acara First Look 2021 Pada 6 Januari – Adakah Teknologi Skrin Gulung Akan Diperlihatkan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Menjadualkan Acara First Look 2021 Pada 6 Januari – Adakah Teknologi Skrin Gulung Akan Diperlihatkan?


Samsung kini mengumumkan bahawa mereka telah menjadualkan sebuah acara pengenalan khas yang bakal berlangsung pada 6 Januari depan. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh pihak Samsung menerusi sebuah entri di laman web rasmi mereka dengan memperlihat imej acah berlatar belakang hitam bersama tulisan “The First Look 2021”.

Samsung bagaimanapun tidak pula berkongsi lebih lanjut mengenai produk yang bakal diperkenalkan. Sebaliknya, mereka dilihat sekadar mengatakan mereka akan membawakan satu pengalaman teknologi skrin yang baru menerusinya.

Meskipun mereka cuba berteka-teki mengenainya, poster acah yang dimuat naik sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai produk yang kelihatan seakan televisyen – jelas kelihatan skrin untuk televisyen Serif baharu, skrin lebih kecil untuk tablet dan kemungkinan besar skrin boleh lipat.

Tetapi, jikalau mengikut pelbagai ketirisan yang telah berlaku sejak kebelakangan ini, kita juga mungkin bakal melihat pengenalan produk termasuk telefon dengan skrin boleh-gulung.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.