Xiaomi Mi 11 Akan Dilancarkan Pada 28 Disember Ini
Xiaomi Mi 11 dikhabarkan adalah peranti pertama di dunia yang akan dilancarkan dengan Snapdragon 888. Tetapi peranti ini terhad di jual di China terlebih dahulu dan Samsung Galaxy S21 adalah peranti untuk pasaran global dengan Snapdragon 888 (bukan Malaysia). Xiaomi turut dikatakan akan hadir dengan Mi 11 ini seawal bulan Disember ini juga dan berbeza dengan peranti lain yang dikatakan adalah seawal Januari atau sekitar suku pertama 2021.
Terkini, Xiaomi dengan rasminya mengumumkan tarikh pelancaran Xiaomi Mi 11. Mi 11 akan dilancarkan pada 28 Disember ini. Xiaomi mungkin akan hadir dengan dua peranti, iaitu Mi 11 dan Mi 11 Pro.
Peranti ini dikatakan akan hadir dengan memori mencapai 12GB RAM, menjalankan Android 11, bateri sebesar 4970mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W, skrin adalah 120Hz dari panel QHD+ dan kamera 108MP. Bagi yang berminat dengan peranti ini, sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment