Set Infohibur Huawei Smart Car Smart Screen Kini Rasmi – Menjalankan Huawei HiCar
Huawei HiCar adalah jawapan Huawei kepada Android Auto dari Google atau CarPlay dari Apple. Ia adalah sistem operasi berasaskan Harmony OS untuk sistem infohibur pada kenderaan. Selepas banyak kali tertiris, akhirnya Huawei melancarkan set infohibur pertama mereka – Huawei Smart Car Smart Screen.
Huawei Smart Car Smart Screen adalah peranti dengan skrin 8.9-inci sesentuh, kecerahan mencapai 700 nits dengan resolusi 1920×720. Skrin juga tidak akan mempunyai kesan pantulan, ia boleh bertukar-tukar skrin dari infohibur ke skrin peranti (cast), banyak aplikasi-aplikasi popular China sedia terbina seperti peta, muzik, video dan lain-lain.
Infohibur ini adalah semua dalam satu, yang berbeza dengan banyak infohibur lain di pasaran. Huawei Smart Car Smart Screen hadir dengan sistem kamera utama pop-naik dan juga mempunyai kamera swafoto yang interaktif. Contoh, kamera belakang adalah lensa sudut ultra lebar untuk merakam kenderaan di hadapan atau suasana dari hadapan. Tapaknya turut boleh berputar 360 darjah, menyokong kawalan gestur dan kawalan suara, atau juga panggilan video.
Menurut sumber, Huawei menyatakan mereka telah bekerjasama dengan 20 pengeluar kereta dan terdapat lebih 150 kenderaan menyokong Huawei Smart Car Smart Screen ini. Buat masa ini ia dijual sebagai aksesori pada harga RMB1699 (~RM1051). Menurut Huawei juga, menjelang 2021 kelak mereka menyasarkan 5 juta kenderaan akan hadir dengan infohibur Huawei ini secara terbina. Ia juga terhad di China, yang mana jualan hanya akan bermula pada 30 Disember sebagai pra-tempahan dan hanya akan dipasarkan pada 8 Januari 2021.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment