Hi! Welcome Back and Stay Tune! Square Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-alih Perkhidmatan Penstriman Lagu Tidal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Square Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-alih Perkhidmatan Penstriman Lagu Tidal


Tidal, sebuah perkhidmatan penstriman audio yang dipopularkan oleh Jay-Z dan hadir dengan pilihan untuk penstriman audio yang paling berkualiti tinggi dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk pengambil-alihan oleh Square.

Walaupun Tidal hadir dengan kualiti penstriman audio yang paling berkualiti diantara semua perkhidmatan penstriman di pasaran sekarang, ia nampaknya sedang menghadapi kesukaran untuk menembusi pasaran umum kerana penawaran muzik yang tidak berapa setanding nama-nama seperti Spotify dan Apple Music.

Square, yang dipengerusi oleh CEO Twitter, Jack Dorsey baru-baru ini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk diambil alih daripada Jay-Z yang memegang jumlah saham terbesar didalam Tidal sekarang.

Ia juga dilaporkan bahawa kedua-dua pihak ini telahpun bertemu sepanjang beberapa bulan ini untuk membincangkan tentang pengambil-alihan tersebut, tetapi tiada butiran khusus yang diketahui mengenainya.

Selain daripada Jay-Z, pemilik-pemilik Tidal yang lain termasuklah Beyoncé, Alicia Keys, Coldplay, Madonna, Rihanna dan lain-lain. Ia juga mempunyai katalog sebanyak 60 juta lagu, 250,000 video, dan pernah melakukan konsert dan acara-acara khas yang hanya boleh diakses oleh pelanggan-pelanggan Tidal.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.