Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Google Photos Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Antaramuka Tablet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Google Photos Untuk Android Dikemaskini Dengan Sokongan Antaramuka Tablet


Bertahun lamanya Google Photos dilancarkan sebagai aplikasi galeri tersendiri Google dan juga aplikasi membuat sandaran awanan. Tetapi Google Photos hanya seronok digunakan pada telefon pintar dan mod desktop. Jika digunakan pada tablet, ia akan menjengkelkan kerana antaramukanya hanyalah rekaan untuk telefon yang dibesarkan.

Terkini 9to5Google telah menemui yang Google Photos dikemaskini khusus untuk tablet Android. Antaramuka untuk tablet kini direka khusus untuk tablet di mana bar di bahagian bawah telah dipindahkan ke bahagian sisi. Semua akses kepada  Photos, Explore, Archive, Trash dan banyak lagi kini berada di sisi. Kemudian bar carian turut disertakan di bahagian atas.

Google Photos untuk tablet ini membawakan pengalaman penggunaan seakan di desktop. Ia mudah digunakan dan lebih selesa. Tetapi sayang sekali, untuk iPad masih kekal sama lagi. Buat masa ini ia terhad kepada tablet Android.

Muat turun Google Photos Di Play Store



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.