Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suri rumah rugi RM2.08 juta ditipu sindiket - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suri rumah rugi RM2.08 juta ditipu sindiket


 

Wang simpanan, wasiat peninggalan keluarga wanita itu lesap akibat penipuan. (Gambar AFP)

MELAKA: Seorang suri rumah kerugian RM2.08 juta akibat ditipu sindiket ‘Macau Scam’, yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat ‘Datuk’ dengan mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penjualan dadah dan pengubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, E Sundra Rajan berkata, wanita berusia 49 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pada 10 Jan lepas.

Beliau berkata wang berkenaan merupakan simpanan mangsa dan wang wasiat peninggalan keluarganya.

“Melalui aplikasi WhatsApp, suspek menunjukkan kepada mangsa waran tangkap dan surat pembekuan aset, selain mengarahkan wanita itu memberikan butiran akaun bank bagi tujuan siasatan. Dia yang dalam keadaan ketakutan, memberikan butiran akaun bank kepada suspek.

“Mangsa turut memberikan nombor ‘One Time Password’ (OTP) enam digit kepada suspek, sebelum mula berasa curiga dan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata pihak bank kemudian memaklumkan bahawa terdapat 164 kali transaksi pemindahan wang melalui ‘DuitNow’, berjumlah RM2.08 juta ke 16 akaun bank berbeza, sebelum membuat laporan polis selepas menyedari ditipu.

Katanya semakan polis menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule mendapati, nombor telefon yang digunakan suspek iaitu 014-7410772 terlibat dengan 13 laporan lain, melibatkan modus operandi sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan lain, Sundra Rajan berkata seorang pegawai bank berusia 57 tahun rugi RM24,500, akibat ditipu sindiket jual beli wang lama di laman sosial Facebook.

Beliau berkata pada 14 Dis tahun lepas, lelaki berkenaan menerima mesej daripada seorang lelaki mendakwa warga Amerika menggunakan nama ‘Smith Dion Ryan’ yang merupakan pengumpul wang lama dan berminat membeli wang lama mangsa yang diiklankan pada harga USD150.

“Mangsa kemudian bersetuju berurusan dengan suspek dan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek di talian +1(604)7062606 mengatakan bayaran telah dibuat ke akaun mangsa. Namun disebabkan pembayaran dari luar negara suspek mendakwa mangsa perlu membuat bayaran caj yang dikenakan untuk melepaskan wang berkenaan daripada ditahan pihak bank,” katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian membuat pembayaran berjumlah RM24,500 ke lima akaun berbeza yang diberikan suspek, namun mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas wang yang dijanjikan untuk pembelian wang lama itu tidak diterima.

Katanya justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan tawaran jual beli wang lama dari mana-mana pihak yang diragui. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.