Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebuah Komputer Riba Diubahsuai Untuk Menggerakkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Menggunakan Slot Storan M.2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebuah Komputer Riba Diubahsuai Untuk Menggerakkan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 Menggunakan Slot Storan M.2


Jika anda mengikuti perkembangan teknologi, slot storan M.2 PCIe NVMe biasanya digunakan untuk storan SSD. Tetapi ia juga secara teknikalnya boleh digunakan untuk menggerakkan sebarang komponen yang menggunakan sistem penyambungan data PCIe untuk pelbagai tujuan.

Kosin, sebuah anak syarikat Lenovo di China baru-baru ini telah hadir dengan sebuah eksperimen menarik dimana mereka menggunakan slot storan NVMe ini untuk disambungkan kepada sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090.

Storan M.2 NVMe dalaman komputer riba tersebut dialihkan, dan kabel penyambungan NVMe-ke-PCIe digunakan untuk menyambungkan komputer riba tersebut kepada kad grafik ini, dan sebuah bekalan kuasa digunakan untuk membekalkan kuasa kepada kad grafik tersebut.

Komputer riba tersebut dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 5 4600U dan slot storan M.2 NVMe tersebut menggunakan PCIe 3.0 x4 dengan jaluran penghantaran data sepantas 4GB/s. Menggunakan penanda-aras 3DMark Time Spy, gabungan komputer riba dan kad grafik yang aneh ini hadir dengan skor 14,008.

Ini menunjukkan bahawa komputer riba dengan rekaan nipis dan ringan masih boleh menggunakan kad grafik bersaiz besar untuk menguasakan bahagian grafik. Malah, ASUS beberapa minggu lalu telah memperkenalkan komputer riba ASUS ROG Flow X13 yang menggunakan sistem eGPU mereka sendiri yang digandingkan dengan komputer riba dengan saiz yang sama.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.