Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Memperkenalkan GrabKitchen Untuk Pasaran Tempatan – Satu Lokasi Untuk Pelbagai Jenama Restoran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Memperkenalkan GrabKitchen Untuk Pasaran Tempatan – Satu Lokasi Untuk Pelbagai Jenama Restoran


Apabila anda memesan makanan menggunakan aplikasi GrabFood, anda biasa akan terhad kepada memesan makanan dari satu restoran pada satu-satu masa.

GrabKitchen, sebuah konsep dapur awanan (cloud kitchen) dimana pelbagai restoran boleh memasak makanan di satu lokasi berpusat yang diperkenalkan di Indonesia beberapa tahun yang lalu.

Keunikan GrabKitchen, selain daripada merumahkan pelbagai dapur restoran di satu lokasi ialah pengguna GrabFood boleh memesan makanan daripada beberapa restoran sekaligus, asalkan mereka semua berada di dapur awanan yang sama.

GrabKitchen pertama di Malaysia terletak di kawasan Hartamas dan merumahkan 11 restoran, termasuklah: Black Whale, Kenny Rogers Roasters, Lim Fried Chicken, Muhammad Chow, myBurgerLab, Saba Restaurant, Salad Atelier, Sang Pisang, Tasty Chapathi,The Lunch Box dan Thong Kee.

Jika anda berada dalam lingkungan penghantaran, GrabKitchen ini boleh diakses melalui ciri Mix&Match didalam aplikasi Grab, dibawah perkhidmatan GrabFood.

Seperti sedia maklum, dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan, restoran hanya dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, dan pesanan terakhir melalui aplikasi GrabFood haruslah dilakukan sebelum 9.20 malam.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.