Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nyahkan ‘musuh dalam selimut’ di LPKP, APAD, desak persatuan teksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nyahkan ‘musuh dalam selimut’ di LPKP, APAD, desak persatuan teksi


 

Pada April tahun lepas kerajaan mengumumkan bantuan ‘one off’ sebanyak RM600 bertujuan mengurangkan bebanan kewangan pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

PETALING JAYA: Ramai pemandu teksi yang masih belum menerima bantuan RM600 ‘one-off’ yang diumumkan tahun lalu untuk membantu mereka mengharungi wabak Covid-19.

“Sehingga kini walaupun hampir setahun berlalu sejak bantuan itu diumumkan, masih terdapat ramai lagi pemandu kami yang tidak menerima wang bantuan tersebut,” kata Presiden Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain kepada FMT.

Beliau berkata, antara yang terjejas adalah pemandu kenderaan sewa yang tidak mempunyai dokumen yang memperakukan mereka sebagai pemandu perkhidmatan awam dan layak menerima bantuan itu.

Kamarudin berkata, mereka dan pemandu pengangkutan awam kategori lain sepatutnya mendapat pembelaan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan tidak dipinggirkan begitu sahaja.

“Walhal kami percaya APAD sedia maklum tentang keberadaan mereka dalam industri pengangkutan awam darat.

“Malangnya sehingga kini tiada sebarang usaha dilakukan oleh APAD untuk melayakkan golongan ini diberi bantuan kerajaan bagi menghadapi musibah Covid 19 ini,” kata beliau.

April lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan akan mula membayar bantuan secara “one-off” sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar.

Bantuan itu bertujuan mengurangkan bebanan kewangan pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Kamarudin Mohd Hussain.

Kamarudin berkata, ramai ahlinya bimbang rekod ‘lemah” APAD dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dalam membela pemandu pengangkutan awam akan menggagalkan pelbagai program bantuan kerajaan.

Beliau berkata pihaknya teruja dengan skim pemulihan sewa beli teksi diumumkan oleh kerajaan pada 18 Jan lalu, namun bimbang perlaksanaannya tidak akan mencapai hasil yang diharapkan.

“Kami bimbing kerenah birokrasi akan sengaja diwujudkan, yang akhirnya akan menggagalkan skim yang diumumkan oleh kerajaan itu.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan skim pemulihan sewa beli bas dan teksi bagi membolehkan pengusaha menstruktur semula pinjaman kenderaan, menikmati moratorium pembayaran balik selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan lebih rendah.

Kamarudin berharap Putrajaya akan mengadakan perbincangan secara terus dengan pihaknya bagi merealisasikan skim yang diumumkan itu.

Beliau juga berharap rombakan besar-besaran dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan terhadap APAD dan LPKP bagi memberi nafas baharu kepada kedua-dua agensi terbabit.

“Tidak guna bertukar kerajaan jika kerajaan terus membiarkan pegawai yang tidak mesra rakyat dan tidak tulus terus kekal dalam sesebuah agensi.

“Kesudahannya mereka bukan sahaja menggagalkan program pembangunan yang dirangka oleh kerajaan, sebaliknya akan menjadi musuh dalam selimut yang melahirkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.