Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hyundai Motor Diperkatakan Dalam Perbincangan Awal Bersama Apple Untuk Pembangunan Kereta Swapandu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hyundai Motor Diperkatakan Dalam Perbincangan Awal Bersama Apple Untuk Pembangunan Kereta Swapandu


Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kita sedia mendengar akan desas-desus mengatakan Apple sedang membangunkan kenderaan swapandu mereka tersendiri.

Terbaru, hari ini, laporan baru hadir mengatakan Apple sedang dalam perbincangan awal bersama pihak Hyundai Motor untuk pembangunan kereta swapandu mereka. Perkara ini turut membawa kepada lonjakan harga saham sebanyak 20% untuk Hyundai.

Ia difahamkan yang mana Apple dalam perbincangan awal bersama sejumlah pengeluar kenderaan di seluruh dunia.

Mengikut laporan yang hadir dari Korea Selatan, ia diperkatakan Apple dan Hyundai akan bekerjasama dalam membangunkan kenderaan swapandu mereka, termasuk pembangunan bateri. Sekiranya semua berjalan lancar, maka kita mungkin melihat kenderaan swapandu Apple hadir sekitar 2027 kelak.

Sebelum ini, laporan turut hadir mengatakan Apple mungkin bekerjasama dengan beberapa pengeluar untuk mendapatkan komponen dan bahagian sahaja, dan bukannya untuk pengeluaran kenderaan penuh.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.