Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelombong Bitcoin Dipersalahkan Kerana Mengakibatkan Gangguan Elektrik Di Iran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelombong Bitcoin Dipersalahkan Kerana Mengakibatkan Gangguan Elektrik Di Iran


Nilai bitcoin dunia mencanak naik dua minggu lalu sebelum kini kembali menyusut. Pada permulaan Disember 2020 nilai 1 bitcoin ialah sekitar $19,000 sebelum mencapai nilai tertinggi $40,000 pada pertengahan bulan ini. Ini menyebabkan ramai yang cuba ingin mencuba nasib dengan mempertingkatkan aktiviti melombong bitcoin.

Di Iran, pelombong bitcoin dipersalahkan kerana didakwa menyebabkan gangguan tenaga elektrik negara tersebut. Minggu lalu operasi perlombongan bitcoin yang melibatkan syarikat Iran-China ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.

Bitcoin

Bagi mengekang aktiviti perlombongan Bitcoin, kerajaan Iran memerlukan pengusaha untuk mendapatkan lesen terlebih dahulu. Namun begitu aktiviti haram masih berleluasa dengan perlombongan dilakukan di masjid, sekolah dan rumah. Walaupun dituduh mengakibatkan gangguan elektrik, pelombong bitcoin Iran menyangkal dakwaan ini sebaliknya menuding jari ke arah pengurusan yang buruk serta kelengkapan yang uzur kerana sekatan ekonomi yang dikenakan oleh PBB.

Aktiviti perlombongan bitcoin popular di Iran kerana bekalan elektrik yang murah kerana subsidi dari kerajaan. Syarikat dari China dan Rusia melakukan aktiviti perlombongan dengan menyeludup komponen komputer secara haram. Risiko diambil kerana ia memberikan keuntungan yang tinggi berbanding melakukannya di negara sendiri.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.