Samsung Berkongsi Maklumat Sensor 108MP ISOCELL HM3 Yang Digunakan S21 Ultra
Pada Samsung Galaxy S21 Ultra, sensor utama 108MP digunakan pada lensa untuk bagi memberikan pengalaman fotografi dan videografi terbaik pada untuk sebuah peranti mercu. Samsung telah berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai sensor 108MP ISOCELL HM3 ini untuk membezakannya dengan sensor 108MP ISOCELL HM2 yang dilancarkan pada suku ketiga 2020.
Sensor ISOCELL HM3 ini adalah sebesar 1/1.33” dengan setiap pixel bersaiz 0.8μm. Dengan susunan 3X3, sembilan pixel boleh digabungkan untuk menjadi sebuah pixel yang besar untuk prestasi mengambil gambar pada situasi gelap yang lebih baik. Tambah Samsung lagi dengan teknologi Smart ISO Pro gambar yang diambil menerusi ISOCELL HM3 adalah sehingga 50% lebih terang.
Sensor ini juga mengambil gambar 12-bit yang membolehkan ia menangkap lebih 68 bilion warna berbanding hanya sekitar 1 bilion warna pada sensor 10-bit generasi terdahulu. Akhir sekali sensor kini mejimatkan sehingga 6% tenaga ketika beroperasi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment