Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telegram Memadam Ratusan Saluran Kerana Melanggar Terma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telegram Memadam Ratusan Saluran Kerana Melanggar Terma


Semalam, kita telah mendengar Apple disaman kerana tidak membuang aplikasi Telegram, yang dikatakan telah melanggar terma dan polisi Apple AppStore.

Walaupun Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi, hari ini Telegram mengumumkan yang mana mereka telah membuang ratusan saluran daripada perkhidmatan mereka kerana melanggar terma.

Telegram mengatakan mereka mempunyai sekitar 2% pengguna dari Amerika Syarikat, dan sejak awal Januari, Telegram telah melihat sejumlah aktiviti berkaitan Amerika Syarikat yang meningkat. Telegram mengatakan mereka telah mula mengambil tindakan dengan memadam sejumlah saluran dari Amerika Syarikat yang mengalakkan keganasan.

Telegra turut mengatakan mereka sedang sambung memproses sejumlah laporan, dan membuang kandungan yang mengalakkan keganasan ini secara proaktif.

Sebelum ini, kita telah melihat serangan di US Capitol, sekaligus membawa kepada pelbagai perkhidmatan sosial mengambil berat berkaitan kandungan yang melalui platform masing-masing – dan pada masa yang sama. Salah satu perkhidmatan yang dilihat menerima impak tinggi ketika itu adalah Parler – yang telah dibuang daripada kedai aplikasi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.