Hi! Welcome Back and Stay Tune! Identiti mangsa maut kereta terjunam ke dalam Tasik Biru dikenal pasti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Identiti mangsa maut kereta terjunam ke dalam Tasik Biru dikenal pasti


 

Polis berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar dari tasik kira-kira 8.02 malam oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti identiti dua lelaki yang terlibat dalam kemalangan maut, selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Shafa’aton Abu Bakar berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Faizal Abu Hassan, 43, merupakan seorang pesara polis dan Chong Kha Mun, 35 tahun. Siasatan polis mendapati kedua-dua mereka berjiran, berdasarkan kepada alamat terakhir yang diperolehi pihaknya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira 6.10 petang itu, kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Toyota Vios, sebelum kenderaan itu dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terjunam ke dalam Tasik Biru Kundang.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa keluar dari tasik kira-kira 8.02 malam oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Terdapat kerosakan di bahagian depan kereta dan cermin, serta siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, saksi bebas sedang dikenal pasti bagi membantu siasatan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.10 petang yang memaklumkan insiden itu, dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bergegas ke lokasi kejadian. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.