Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahap peka orang ramai terhadap penderaan kanak-kanak masih rendah, kata Suhakam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahap peka orang ramai terhadap penderaan kanak-kanak masih rendah, kata Suhakam


 

Suhakam menggesa kerajaan lebih proaktif meningkatkan kesedaran orang awam isu penderaan kanak-kanak.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kesal kerana tahap kesedaran masyarakat untuk melaporkan individu yang disyaki mendera kanak-kanak masih rendah.

Pesuruhjaya Suhakam, Noor Aziah Mohd Awal berkata, pihaknya mendapati masyarakat umumnya berpeluk tubuh dan tidak bertindak walaupun mengsyaki anak jiran mungkin mangsa penderaan.

“Walaupun kita ada talian Talian Kasih untuk mangsa atau orang ramai membuat aduan, tetapi kita dapati masyarakat masa ini masih tidak mengetahui kewujudan talian ini.

“Rata-rata masyarakat juga agak kurang prihatin dan tidak mahu masuk campur kerana hal peribadi keluarga.

Noor Aziah Mohd Awal.

“Hal ini kerana menurut laporan akhbar jiran tetangga mengakui ada mendengar tangisan kanak-kanak di rumah tersebut tetapi tidak membuat laporan polis,” katanya kepada FMT.

Hujung minggu lalu, negara dikejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya di Melaka.

Menurut polis, kanak-kanak itu dilemaskan dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Jumaat lalu.

Polis menahan reman pasangan suami isteri itu selama tujuh hari untuk siasatan.

Tragedi itu sekali lagi mengetengahkan isu keprihatinan orang awam terhadap penderaan kanak-kanak yang berlaku dalam komuniti mereka.

Noor Aziah berkata, orang ramai agak keberatan membuat aduan secara terus kepada polis, justeru keperluan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Talian Kasih di tempat-tempat awam perlu ditingkatkan, khususnya lokasi yang menjadi tumpuan masyarakat awam.

“Masyarakat umumnya ‘malas’ hendak buat laporan polis walaupun pengadu yang memaklumkan penderaan sentiasa dilindungi undang-undang.”

Beliau juga menegaskan keperluan orang awam lebih peka dan bersikap proaktif apabila kerap kali mendengar tangisan kanak-kanak di rumah jiran.

“Kita perlu wujudkan masyarakat lebih prihatin dan sensitif kepada tangisan bayi kanak-kanak lebih-lebih lagi pada musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini,” katanya.

Syed Azmi Alhabshi.

Aktivis Syed Azmi Alhabshi berkata, aspek undang-undang harus jelas berhubung tanggungjawab penjagaan kanak-kanak.

Menurut beliau dalam kes penderaan terbaharu, mangsa berusia tujuh tahun itu dilaporkan dalam jagaan ibu angkatnya sekian lama, sebelum diserahkan kembali kepada ibu kandung.

Beliau berkata, kes itu membangkitkan persoalan sama ada proses undang-undang dipatuhi dalam memastikan tanggungjawab penjagaan mangsa berkenaan.

“Kita tidak tahu cerita sebenar. Kena siasat dulu. Saya tidak tahu kes itu, tetapi kena tengok semula dari segi perlindungan, sama ada kanak-kanak itu dibuat anak angkat, (melalui proses yang betul)” katanya.

Syed Azmi berkata, sebagai contoh kalau kanak-kanak itu dijadikan anak angkat secara sah, tetapi ibu kandungnya hendakkan semula anaknya, maka ia membabitkan persoalan hak penjagaan dan perlindungan kanak-kanak itu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.