Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan wajar pertimbang usul Azalina permudah sidang Parlimen, kata penganalisis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan wajar pertimbang usul Azalina permudah sidang Parlimen, kata penganalisis


 

Penganalisis berkata, Jemaah Menteri perlu menyokong saranan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said dan mempersoalkan keperluan Parlimen digantung.

PETALING JAYA: Saranan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said supaya sidang Parlimen diadakan semasa darurat seperti di negara lain perlu dibincang dan diperhalusi kerajaan, kata penganalisis politik.

Bekas ahli akademik dari Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan berkata, Jemaah Menteri juga perlu menyokong saranan Azalina itu, sekali gus mempersoalkan mengapa Parlimen digantung.

“Ini kerana rakyat sudah mula mempersoalkan keperluan darurat dalam hal pandemik Covid-19. Ramai tidak faham kenapa ia diperlukan,” katanya kepada FMT.

Azalina sebelum ini berkata beliau “bingung” mengapa Malaysia sama ada tidak dapat atau tidak mahu berusaha mengadakan sidang Parlimen seperti negara lain yang tidak menggantung Parlimen walaupun berada dalam darurat .

Azlina berkata, antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan penyertaan Ahli Parlimen, menggunakan waktu sidang yang anjal, mahupun menyiarkan prosiding persidangan secara maya.

Azmi Hassan.

“Kerajaan memilih untuk menggantung terus sidang Parlimen daripada mencari cara supaya prosiding boleh diadakan,” katanya dalam surat kepada Peguam Negara Idrus Harun.

Dalam pada itu, Azmi juga menyokong usul Azalina supaya kegiatan Jawatankuasa Parlimen, termasuk Jawatankuasa Pilihan Khasnya, dibenarkan walaupun secara maya.

Katanya, selepas beberapa minggu berlalu, perintah darurat bagi membolehkan kerajaan menangani Covid-19 dilihat jelas tiada perlunya.

“Sehingga hari ini belum ada lagi satu pun ordinan baharu dibuat yang memaksa kerajaan menggunakan perintah darurat sebelum ini.

“Sebab itu timbalan speaker (Azalina) menyuarakan kebingungan beliau kenapa kerajaan tidak memudahkan sidang Parlimen sedangkan ia boleh dimudahkan.

“Tetapi hakikatnya sebab sidang Parlimen digantung adalah untuk mengurangkan desakan supaya perdana menteri meletak jawatan ataupun kerajaan dibubarkan,” kata beliau.

Awang Azman Pawi.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, isu yang dibangkitkan oleh Azalina bukan isu baharu kerana ia pernah dibangkitkan pertubuhan awam.

Katanya, namun sehingga kini tiada maklum balas munasabah daripada Speaker dewan, menteri undang-undang dan perdana menteri yang mengambil sikap berdiam diri.

“Rata-rata kalangan rakyat sendiri berasa pelik kerana pembukaan pelbagai sektor dibenarkan, termasuk pasar raya besar yang terdedah dengan ancaman kesihatan, namun Parlimen yang khusus untuk Ahli Parlimen tidak dibenarkan.

“Akibat daripada ini ramai beranggapan tindakan itu lebih bermotif politik,” katanya.

Awang Azman juga berkata, kenyataan Azalina menunjukkan hubungan Umno dan PPBM semakin dingin, selain menambah pemimpin Umno seperti Nazri Aziz, Ahmad Jazlan Yaakub dan Tajuddin Rahman turut mempertikaikan tindak-tanduk dan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN)

“Hal ini kerana Umno dilihat tidak mahu bekerjasama dengan PPBM, khususnya menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan apabila melibatkan isu pengagihan kerusi tradisi parti itu yang enggan diberikan kepada PPBM,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.