Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis panggil Anina bantu siasatan penyebaran video Ismail Sabri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis panggil Anina bantu siasatan penyebaran video Ismail Sabri


 

Bekas Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin membantu siasatan berkaitan penyebaran video yang didakwa memfitnah Ismail Sabri. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan penyebaran video yang didakwa memfitnah Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob elanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Akhbar Sinar Harian dalam laporannya berkata, polis telah merekod keterangan Anina pada Khamis.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, Anina hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada kira-kira jam 2.30 petang untuk tujuan itu.

“Ia bagi membantu siasatan berkaitan penyebaran video yang didakwa memfitnah Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berhubung pelanggaran SOP PKP,” katanya.

Berikutan penyebaran video lama itu, Setiausaha Menteri Pertahanan, Azlina Md Rosdy membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, pada Sabtu lalu.

Terdahulu, tular di Facebook satu rakaman video Ismail Sabri hadir ke satu majlis dan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Video itu menunjukkan beliau bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka duduk bersama di meja jamuan dengan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Difahamkan, video berkenaan adalah majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan, di sini pada September tahun lalu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.