Pengguna Oculus Quest 2 Kini Boleh Sebut “Hey Facebook” Untuk Kawalan
“Hey Google”, “Ok Google”, “Hey Siri”, “Alexa” dan banyak lagi perkataan boleh digunakan untuk menyeru pelbagai pembantu digital. Tetapi sebelum zaman pembantu digital popular, Qualcomm ada melancarkan “Hey Snapdragon”, yang mana adalah untuk tujuan kawalan navigasi peranti. Misalnya memberikan arahan untuk membuka kamera, buka aplikasi.
Terkini, Facebook mengumumkan yang mereka juga mempunyai perkataan untuk diseru agar sistem mereka boleh mengikut arahan pengguna untuk tujuan kawalan. Facebook memperkenalkan “Hey Facebok” untuk pengguna Oculus Quest 2. Ini adalah bagi memudahkan lagi kawalan berasaskan suara berbanding arahan asas sebelum ini.
Facebook turut menjanjikan privasi dan sekuriti, di mana setiap data yang terkumpul dari penggunaan fungsi ini – boleh dilihat, dipadam atau didengari semula. Pengguna juga boleh menggunakan “Hey Facebook” untuk kawalan dari dalam aplikasi seperti merakam saat penting dalam Myst dan memulakan siaran (cast) dalam Beat Saber.
Arahan suara ini turut dikatakan boleh digunakan melalui Facebook Portal.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment