Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Padu Pada Siri Samsung Galaxy S21, Menjadikannya Penyebab Utama Ia Wajib Dimiliki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Padu Pada Siri Samsung Galaxy S21, Menjadikannya Penyebab Utama Ia Wajib Dimiliki


Apakah kriteria yang anda rasa penting untuk perlu ada pada sesebuah telefon pintar, sebelum anda membelinya? Jika anda inginkan pengalaman penggunaan yang lancar dan laju, spesifikasi yang tinggi adalah kreteria yang sangat penting. Oleh sebab itu, sekiranya anda mencari sebuah telefon pintar yang dapat memberikan kepuasan dari segi kelancaran penggunaan, siri Samsung Galaxy S21 adalah telefon pintar yang anda patut pilih kerana ia merupakan sebuah peranti mercu yang menawarkan spesifikasi yang cukup berkuasa.

Terdapat 3 model kesemuanya dibawah siri Samsung Galaxy S21 ini, iaitu Samsung Galaxy S21, Samsung Galaxy S21+ dan juga Samsung Galaxy S21 Ultra. Ketiga-tiga telefon pintar ini dijana dengan cip pemprosesan Exynos 2100 yang mana pihak Samsung menyatakan bahawa cip ini adalah antara cip pemprosesan yang paling laju yang pernah digunakan pada siri Galaxy. Cip pemprosesan ini dibina berasaskan 5nm, dan dikatakan mampu untuk meningkatkan prestasi telefon pintar agar menjadi 5 kali lebih laju dengan bantuan AI.

Melalui janaan cip Exynos 2100 ini juga, ia dikatakan mampu untuk memanjangkan jangka hayat penggunaan bateri. Hal ini adalah kerana cip pemprosesan ini memang dibina untuk meningkatkan kecekapan penggunaan baterinya. Dibantu pula oleh kapasiti bateri yang sememangnya besar pada siri Galaxy S21 ini, tentunya ia memberi peluang kepada anda untuk menggunakan telefon pintar ini dengan lebih lama tanpa perlu mengecasnya banyak kali. Bagi Samsung Galaxy S21, kapasiti bateri yang ditawarkan adalah 4000 mAh, manakala Galaxy S21+ pula adalah sebesar 4800 mAh serta diikuti oleh Galaxy S21 Ultra iaitu sebesar 5000 mAh. Ketiga-tiga model ini menyertakan sistem pengecasan pantas berwayar 25W dan juga pengecasan pantas nirwayar 2.0 15W.

Ruangan memori dan storan yang besar juga merupakan antara faktor yang membuatkan telefon pintar anda dapat beroperasi dengan lebih laju dan lancar. Memori yang ditawarkan pada siri telefon pintar ini adalah bermula daripada 8GB sehingga 16GB RAM. Manakala storannya pula pada asalnya ditawarkan bermula daripada 256GB sehingga 512GB. Namun, bermula 24 Februari yang lalu, Samsung telah mula menawarkan storan bersaiz 128GB untuk ketiga-tiga model Galaxy S21 ini. Dengan saiz penawaran yang besar, telefon pintar ini membolehkan anda untuk menyimpan lebih banyak fail beresolusi tinggi seperti gambar dan juga video. Malah menurut Samsung juga, dengan binaan memori jenis LPDDR5 pada telefon pintar ini, ia menjadikan siri Galaxy S21 ini lebih laju dan penggunaan kuasanya juga adalah kurang. Ini sekaligus dapat menjimatkan lagi penggunaan bateri pada telefon pintar ini dan dapat menggunakannya dengan lebih lama.

Kini, penggunaan internet pada telefon pintar juga telah menjadi keperluan kepada kita semua bagi membolehkan kita untuk kekal berhubung dimana sahaja kita berada, pada bila bila masa. Bagi siri Samsung Galaxy S21 sendiri, anda boleh menikmati sambungan internet yang lebih laju dan berkualiti kerana Samsung telah menawarkan fungsi WiFi 6E pada model Galaxy S21 Ultra mereka. Ini sekaligus menjadikan peranti ini sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai sokongan WiFi 6E. Melaluinya, anda boleh menikmati proses muat turun fail yang boleh selaju sehingga 2.4Gbps.

Bagi membantu anda untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan menyeronokkan, Samsung juga menyertakan fungsi Connect4Sure. Fungsi ini menawarkan kebolehan untuk boleh bertukar-tukar jenis sambungan internet antara Wi-Fi dan selular secara automatik, sekaligus menjanjikan prestasi panggilan video yang lebih lancar, tanpa sebarang gangguan internet. Malah fungsi WiFi Optimizer juga ditawarkan yang mana menurut Samsung, ia berfungsi untuk mengoptimasikan sambungan internet dan mengurangkan masa pendam (latency) pada peranti, seterusnya membolehkan anda untuk respon pada panggilan video tanpa sebarang masalah lengah masa.

Siri Samsung Galaxy S21 ini dilengkapi dengan dibantu oleh algoritma AI yang akan mengoptimasikan penggunaan internet agar menjadi lebih stabil walau dimana sahaja anda berada. Jika sebelum ini, sambungan WiFi akan menjadi lemah dan kurang stabil sekiranya anda berada di lokasi yang ramai orang dan banyak peranti disambungkan pada WiFi, perkara ini tidak akan berlaku pada siri Samsung Galaxy S21. Ini kerana sekiranya sambungan Wi-Fi di kawasan anda tidak stabil, siri Samsung Galaxy S21 akan menukar jenis sambungan internet kepada rangkaian selular secara automatik untuk memberikan sambungan internet yang lancar tanpa sebarang gangguan. Sokongan internet yang stabil ini juga membolehkan rakan rakan anda yang menggunakan peranti Galaxy untuk berkongsi sambungan WiFi dengan anda dan bertukar-tukar fail antara satu lain dengan lebih mudah dan cepat.

Oleh itu, sekiranya anda sedang mencari telefon pintar yang berspesifikasi tinggi bagi mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, siri Samsung Galaxy S21 adalah antara model yang patut anda letakkan dalam senarai pembelian. Sekiranya anda berminat, siri telefon pintar ini boleh didapati pada harga bermula RM3499 sehingga RM5899 bergantung kepada spesifikasi yang anda pilih. Bagi setiap pembelian siri Samsung Galaxy S21, anda berpeluang untuk menerima Galaxy Fit2, SmartTag dan pengecas nirwayar Trio yang bernilai RM697. Namun, tawaran ini terhad sehingga 31 Mac 2021 ini sahaja. Oleh itu, anda perlu membeli siri Samsung Galaxy S21 dan dapatkan hadiah percuma daripada mereka sekarang sementara stok masih ada.

Beli: Siri Samsung Galaxy S21 Sekarang

Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.