Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Mengalami Kesukaran Mencari Pengeluar Untuk Kereta Pertama Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Mengalami Kesukaran Mencari Pengeluar Untuk Kereta Pertama Mereka


Apple ingin memasuki arena automotif pula selepas berjaya dalam arena pengkomputeran, peranti mudah alih dan peranti boleh-pakai. Dengan Apple Car, mereka cuba menggunakan kepakaran sedia anda pada kereta swapandu pula. Beberapa perbincangan sebelum ini seperti dengan Hyundai menemui jalan buntu kerana Apple gagal mendapatkan persetujuan sebulat suara.

Kini dalam laporan Bloomberg, Apple dilaporkan mengalami kesukaran dalam mencari syarikat automotif yang ingin bekerjasama menjadi pengeluar Apple Car. Isu paling utama ialah pengeluar enggan sekadar menjadi pengilang kepada produk yang pastinya akan bersaing dengan kereta yang dihasilkan mereka sendiri. Menurut seorang pengurus di Apple yang pernah bertugas di Tesla, ia seperti meminta Samsung mengeluarkan iPhone di kilang-kilang mereka.

Apple Logo
The Apple logo is pictured outside the newly-opened Apple store in downtown Bangkok on July 31, 2020. (Photo by Mladen ANTONOV / AFP)

Syarikat pengeluar juga enggan membenarkan Apple mengawal rantaian pembekal mereka. Apple mempunyai reputasi mengawal kesemua aspek pengeluaran peranti mereka bagi mengurangkan kos. Sesuatu yang lebih sukar dilakukan dalam industri automotif. Kerana pelbagai isu di atas, Apple mungkin akan pergi ke syarikat pihak ketiga seperti Foxconn dan Magna untuk membina Apple Car. Foxconn mempunyai hubungan yang rapat dan lama dengan Apple. Magna pula mempunyai pengalaman membina kenderaan untuk BMW, Daimler AG dan Jaguar Land Rover.

Mungkin kerana pelbagai masalah dalam perbincangan dengan pengeluar kereta inilah CEO Volkwagen Group mengatakan beliau tidak gentar dengan persaingan yang bakal wujud sekiranya Apple Car dipasarkan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.