Oppo Dilaporkan Akan Melancarkan Telefon Skrin Boleh-Lipat Pertama Mereka Tahun Ini
Semalam telefon pertama dengan skrin 10 bit sebenar dilancarkan oleh Oppo. Tetapi shttps://https://ift.tt/3qEP4Z0 segmen yang masih belum mereka tawarkan di pasaran ialah peranti skrin boleh-lipat. Kini menurut Digital Chat Station, Oppo akan akhirnya menawarkan peranti skrin boleh-lipat mereka tahun ini.
Ini bukanlah peranti Oppo X 2021 tempohari tetapi memang sebuah peranti baharu yang rekaannya belum tertiris setakat ini. Tetapi pada Disember tahun lalu mereka ada berkongsi rekaan konsep peranti dengan skrin okto-lipat. Saiz peranti berubah mengikut keperluan pengguna yang menjadikannya cukup versatil. Peranti tersebut dihasilkan menerusi kerjasama dengan firma Nendo. Yang pasti sejak beberapa tahun kebelakangan ini Oppo memang ada menunjukkan hasrat tetapi menanti masa sahaja untuk melancarkan produk boleh lipat mereka. Jika peranti sebenar mirip dengan konsep di atas, Oppo akan menjadi pengeluar yang benar-benar berani untuk melakukan perubahan dan bukan sekadar mengikut apa yang telah dilakukan Samsung dan Huawei.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment