Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Mula Memberikan Amaran Jika Mengesan Pengguna Berkongsi Akaun Dengan Rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Mula Memberikan Amaran Jika Mengesan Pengguna Berkongsi Akaun Dengan Rakan


Terlalu banyak perkhidmatan penstriman di pasaran sekarang sehingga ramai yang mengambil jalan pintar berkongsi kata laluan dengan teman rapat. Anwar melanggan Netflix, Najib melanggan Prime Video, Lim melanggan Mubi dan Mahiaddin melanggan Apple TV+. Tetapi teknik penjimatan bijak ini telah disedari Netflix sejak sekian lama dan kini mereka akhirnya memberikan amaran apabila mengesyaki anda mungkin berkongsi kata laluan walau tidak tinggal sebumbung.

Menurut laporan Streamable, sesetengah pengguna mula menerima amaran yang mengatakan jika mereka tidak duduk dengan pemilik akaun, mereka perlu mempunyai akaun tersendiri. Kemudian mereka ditawarkan penggunaan percuma selama 30 hari. Untuk mengesahkan akaun adalah milik mereka, kod akan dihantar ke emel dan SMS. Pada waktu ini amaran hanya diterima pengguna televisyen pintar sahaja. Langkah ini diambil kerana sejak bertahun-tahun lamanya perkongsian akaun ini dilakukan. Dengan perang penstriman semakin hangat, amalan ini tidak lagi boleh dimaafkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.